Video Bar

Loading...
Selamat Datang ke PKG Bagan.net. Kami warga PKG Bagan mengucapkan terima kasih di atas kesudian tuan/puan melayari PKG Bagan.net. Sebarang masalah yang tuan puan hadapi sama ada mengenai Pusat Sumber Sekolah, Makmal Komputer, Program Bestari dan lain-lain perkara yang berkenaan, bolehlah pihak tuan/puan menghantarnya melalui ruangan komen atau melalui e-mail kami.. pkgbagan@gmail.com ... Regards, Admin

Slide Show Kursus / Bengkel Online BTP by Admin

Slide Show Kursus e-NILAM by Admin

Friday, February 08, 2008

Projek WiFi Sekolah Ahli PKG Bagan

Pihak PKG Bagan didalam proses memberi dan mengkongfigurasi rangkai komputer tanpa wayar kepada seluruh sekolah ahli. Setiap sekolah akan menerima sebuah router wireless dan dijangkakan pada penghujung bulan Mac seluruh sekolah ahli akan menerimanya

Matlamat kami untuk memastikan setiap sekolah di dalam zon PKG Bagan mempunyai WiFi dan guru-guru dapat melayari internet menggunakan notebook PPSMI dengan berbantukan rangkaian komputer tanpa wayar disokong oleh router wireless yang dibekalkan oleh PKG. Guru juga dapat bertukar dan berkongsi fail melalui dengan cara yang lebih mudah lagi dan juga guru-guru berpeluang mencari maklumat pendidikan bahan bantu mengajar melalui portal-portal pendidikan yang banyak terdapat di internet.

UPDATE 10.04.2008:

Kesemua 15 buah sekolah ahli PKG Bagan telah siap dipasang router wireless dan dikonfigurasikan untuk rangkaian komputer tanpa wayar.


...

Wednesday, January 16, 2008

Penilaian Dan Anugerah Tokoh NILAM Daerah Batu Pahat 2008

Akan dilaksanakan pada 14 Febuari 2008 di Sekolah Tinggi Batu Pahat. Penilaian kepada calon-calon Tokoh NILAM akan dijalankan disebelah pagi dan Majlis Penganugerahan Tokoh NILAM untuk sekolah rendah dan menengah akan diadakan pada sebelah petang dan akan disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat.

Mesyuarat Pengurusan PKG 2008

Bakal diadakan pada 22 Januari 2008 jam 2.30 petang bertempat di PKG Bagan. Pihak PKG Bagan telah menjemput Ketua Penolong Pengarah BTPN Johor untuk hadir sama di mesyuarat tersebut.
Mesyuarat ini akan membincangkan program-program yang bakal diadakan oleh PKG Bagan disepanjang tahun berdasarkan SKT PKG yang telah ditetapkan oleh BTP KPM.

Agihan Buku Bacaan Tambahan

Buku bacaan tambahan dari BTP diagihkan ke sekolah-sekolah disepanjang minggu ini. Kelewatan ini disebabkan pihak PKG menunggu buku-buku yang tidak dapat dihantar pada penghantaran yang pertama pada bulan Disember lalu. Alamdulilah, buku-buku tersebut telah sampai dan sedia untuk diagihkan.

Tuesday, August 07, 2007

Borang Profil Pusat Akses Sekolah

Sila dowmload softcopy borang Profil Pusat Akses Sekolah dengan klik link yang diberikan di bawah ini:

Sila klik di sini untuk download borang Profil Pusat Akses Sekolah
(terima kasih tn hj sha'piee drp pkg sg balang kerana menyediakan borang ini)

Setelah siap borang profil Pusat Akses Sekolah, gambar-gambar telah diambil dan plan lantai pusat akses sekolah(dilukis dalam winword atau photopshop), sila emailkan semuanya ke pkgbagan@gmail.com dan cc kan ke pkg_bagan@moe.edu.my

Kerjasama yang anda semua berikan amat dihargai dan diucapkan terima kasih.


ptp pkg bagan


...

Panduan Pengurusan Pejabat




ptp pkg bagan


...

Tuesday, April 24, 2007

Bengkel Soal Selidik BTP 2007

Telah diadakan pada 23 April dimana seramai 15 orang peserta dari ahli sekolah zon pkg bagan menghadirinya. Disamping itu para peserta didedahkan juga cara-cara membina blog di internet yang mana kini semua daripada mereka telah mempunyai blog sendiri.

Link: Klik di sini untuk download/lihat Nota Soal Selidik
(Terima kasih sdr tn hj sha'piee ali drp pkg sg balang)

Sila klik untuk ke Laman Web Soal Selidik BTP 2007



Thursday, April 19, 2007

Kursus NILAM



Seramai 30 orang guru dari zon pkg bagan dan pkg parit sulong menhadiri kursus NILAM yang diadakan pada 19 dan 20 April 2007 di pkg bagan.

Tuesday, April 17, 2007

Laman Istilah Metematik

Terdapat sebuah laman web yang memberi makna mengenai istilah matematik dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris. Laman ini adalah laman web kepunyaan Institute of Mathematical Sciences, University of Malaya, Kuala Lumpur.

Link : Sila klik untuk ke laman istilah matematik

Wednesday, April 11, 2007

Kursus Think.com

4 orang guru ahli PKG Bagan (SMK Dato Onn & SK Peserai) telah menghadiri kursus Oracle Think.com yang diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Johor atau dahulunya dikenali sebagai Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) pada 19 dan 20 Mac lalu. Kursus ini dianjurkan bersama oleh semua Pusat Kegiatan Guru yang berada di daerah Batu Pahat termasuklah PKG Bagan. Mereka terdiri dari Ustaz Nurin dan Nelly dari SMK Dato Onn serta Mislia dan Shamala dari SK Peserai.





ptp pkg bagan

Monday, March 12, 2007

Kursus MS PowerPoint 2003

Kursus ini diadakan pada 14-16 Mac kepada semua Pengetua dan Guru Besar di daerah Batu Pahat. Diadakan di 8 buah PKG dalam daerah Batu Pahat dan PKG Bagan merupakan satu daripada tempat berkursus. Fasilitator kursus ini adalah Tn. Hj. Sha'piee Ali dari PKG Sg. Balang, Tn. Hj. Sarkawi Satu dari SK Peserai dan En. Yahya Seikh Salleh dari PKG Bagan. Tahniah kepada semua guru besar yang hadir kerana berjaya menghasilkan persembahan yang cemerlang.


.



ptp pkg bagan.

Thursday, February 15, 2007

Pertandingan NILAM Daerah Batu Pahat 2007

Telah dijalankan pada 13 Feb 2007 di SK Banang Jaya dan dirasmikan oleh KPP PSPN Johor, Tn Hj Paridin Jais. Berikut adalah senarai pemenang mengikut kategori:

A. Sekolah Menengah Bandar
1. Lam Shu Jie - TIGS
2. Nur Syazrina bt Haron - TIGS
3. Soh Wen Chiat - SM Tinggi Bt Pahat

B. Sekolah Menengah Luar Bandar
1. Nur Syaza bt Ismail - SMK Dato Seth
2. Hanafi b Md Jais - SMK Dato Sulaiman
3. Suriana bt Md Yusof - SMK Dato Seth

C. Sekolah Rendah Bandar
1. Fairuz Najihah bt Kamarudin - SK Tengku Mariam
2. Najihah bt Haron - SK Tengku Mariam
3. Faqryza bt Mardeyah - SK Tengku Mariam

D. Sekolah Rendah Luar Bandar
1. Rizal Faiz b Rosman - SK Peserai
2. Syed Muhammad Azfar Nazmi b Syed Nazim - SK Peserai
3. Nur Izzirianna bt Mat Zazali - SK Air Hitam

E. SK Kurang Murid (SKM)
1. Imanur Ariffah bt Mohd Yazi - SK Pt Ju
2. Mohd Fazry b Hamis - SK Pt Ju
3. Mohamad Hariz Soffan b Mat Nawi - SK Pt Ju


ptp pkg bagan

Monday, February 12, 2007

Selamat Tahun Baru Cina

PKG Bagan mengucapkan selamat tahun baru cina kepada semua ahli pkg bagan yang menyambutnya serta seluruh warga malaysia.

Berhati-hati di jalan raya dan hormati undang-undang lalu lintas serta banyakkan sifat bertolak ansur agar masyarakat kita menjadi masyarakat yang lebih penyabar dan menghormati hak-hak pengguna lain di jalan raya.

Bergembira bersama keluarga anda.


ptp pkg bagan

Saturday, October 21, 2006

Selamat Hari Raya...


Kami di PKG Bagan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua dan diharapkan anda semua berbahagia disamping sanak saudara. Oh ya, jangan lupa kepada mereka yang tidak bernasib baik dan menderita di seluruh dunia.

Jika anda berminat untuk menghantar email kad hari raya, sila klik link di bawah ini

Link : Sila klik untuk hantar kad elektronik Hari Raya

ptp pkg bagan.

Iklan Raya Petronas...

Saya bergitu tersentuh hati bila melihat iklan hari raya Petronas...
Mungkin ikatan keluarga masyarakat Malaysia sekarang ini semakin longgar.
Tahniah kepada Petronas kerana berjaya mencipta sebuah iklan yang pada pendapat saya dapat memberi kesedaran tentang erti kasih sayang dan tanggung jawab.

Di bawah ini saya sertakan link untuk anda melihat iklan Petronas tersebut di internet.

Link : Sila klik untuk melihat iklan Petronas

Dan anda juga dijemput untuk memberikan komen anda. Sila klik "comments" di bawah ini untuk anda memberikan komen anda.


ptp pkg bagan.

Senarai kolej swasta di Malaysia.

  1. Akademi Locke
  2. Kolej Antarabangsa KBU, No. 1, Kolej Bandar Utama, Persiaran Utama, Bandar Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
  3. KDU College, Kolej Damansara Utama, Jalan SS22/41, SS22, 47400 Petaling Jaya, Selangor
  4. Kolej Aman, Jalan Bukit Sentosa 2, Sec BS2 Bukit Sentosa, 48000 Rawang, Selangor
  5. Kolej Anjung, No. 3, Jalan Sultan Azlan Shah, 51650 Ipoh, Perak
  6. Kolej Budaya & Budaya Gaya Pos, No. 530, Lorong Kolej Budaya, 15150 Kota Bharu, Kelantan
  7. Kolej Disted-Stamford, No. 340, Jalan Macalister, 10450 Georgetown, Pulau Pinang
  8. Kolej IBMS, 208-211, 1st Floor, Jalan Bukit Mata, 93100 Kuching, Sarawak
  9. Kolej Inforana, Tingkat 2A, Wisma MPKT, Jalan Tok Lam, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu
  10. Kolej Intec, 168A, Jalan Klang Lama Batu 3 1/2, 58000 Kuala Lumpur
  11. Kolej Inti Malaysia, Jalan BBN12/1, Bandar Baru Nilai, 71800 Negeri Sembilan
  12. Kolej Jaipetra, No. 530, Lorong Kolej Budaya, 15150 Kota Bharu , Kelantan
  13. Kolej Legenda, Bandar Universiti Teknologi Legenda, Batu 12, 71700 Mantin, Negeri Sembilan
  14. Kolej Linton, No. 28, IGB International Industrial Park, Lebuh Perusahaan Klebang 1, Off Jalan Kuala Kangsar, 30010 Ipoh, Perak
  15. Kolej Methodist Kuala Lumpur, Kolej Methodist, Jalan Tun Sambanthan 4, 50470 Kuala Lumpur
  16. Kolej Miharja, No. 208, 1st Floor, Jalan Shahab 4, Terminal Bas Shahab Perdana, 05150 Alor Setar, Kedah
  17. Kolej NIIT, 111-113, 3rd Floor, Jalan Yam Tuan, 70000 Seremban, Negeri Sembilan
  18. Kolej Nilai, Nilai, Negeri Sembilan
  19. Kolej Perubatan Penang
  20. Kolej Prime, Pejabat Am Prime College, Jalan Chong Choon, 98000 Miri, Sarawak
  21. Kolej Putra, 1st Floor, Menara KLH , Lebuhraya Damansara Puchong, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor
  22. Kolej Rima, 54, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
  23. Kolej SAL, No. 1 Jalan 9/27A, Seksyen 5, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
  24. Kolej Selatan, Jalan Skudai Batu 7 1/2, 81300 Skudai, Johor
  25. Kolej Sentral, Wisma Warisan, 26400 Bandar Jengka, Pahang
  26. Kolej Shahputra, BIM Point, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang
  27. Kolej Steno Malaysia, 23A, Jalan 6/23e, Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur
  28. Kolej Syuen, No. 2, Lun Rokam 13, Pekan Razaki, 31350 Ipoh, Perak
  29. Kolej Tafe, No. 5400, Jalan Sikamat, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
  30. Kolej Teknologi Bestari, Putera Jaya, 22100 Bandar Permaisuri, Terengganu
  31. Kolej Teknologi Mulia, No. 12661, Medan Bersatu Kampung Boyan, 34000 Taiping, Perak
  32. Kolej Teknologi Praktikal, No. 48, Jalan Seenivasagam, 30000 Ipoh, Perak
  33. Kolej Teknologi Timur, 7-G-A1, Jalan Kenanga 1/2, Taman Kenanga, 43900 Salak Tinggi, Selangor
  34. Kolej Travex, Komplek Kota Kajang, Jalan Cheras, Batu 14, 43000 Kajang, Selangor
  35. Kolej Tuanku Abdul Rahman, No. 9094 , Jalan Genting Kelang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur
  36. Kolej Tuanku Jaafar, No. 1051, Jalan Mukim Setul, 71700 Mantin, Negeri Sembilan
  37. Kolej Unikop, No. 4, Jalan 58/10, Taman Koperasi Polis, 68100 Gombak, Selangor
  38. Kolej Universiti Teknologi & Perusahaan Malaysia, No. 17, Ground Floor, Jalan Equestrian 13/52, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
  39. Kolej WIT, Institute Teknologi Pekerja, Jalan Banting, Off Jalan Pandamaran, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor
  40. Kolej Yayasan Melaka, No. 1, Jalan Bukit Sebukor, 75150 Melaka
  41. Kolej Yayasan Saad, No. 495, Teacher's Residence, 75450 Ayer Keroh, Melaka
  42. Legal And Judicial Training Institut
  43. Malaysian Insurance Institute
  44. Permai Polyclinics Kolej Kurnia Perdana, F6-0-1, 1st Floor, Taman Indah Permai, 88450 Menggatal, Sabah
  45. Polisas, Semambu, Kuantan, Pahang
  46. Systematic Education Group
  47. Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang, Lot 150, Lorong Semambu Baru, 25350 Kuantan, Pahang
  48. Kolej IKIP, Kampus IKIP Utama, Lorong Kubang Buaya 25350 Kuantan, Pahang
  49. Kolej Teknologi & Profesional Indera Kayangan, 40, Km 5, Jalan Kangar-Padang Besar, 01000 Kangar, Perlis