My photo
Ditubuhkan pada 1992. Km9, Jalan Muar, Bagan, 83000 Batu Pahat, Johor. GPS: N 01" 50.754' E102" 51.584'

Pages

Saturday, July 29, 2006

Kamus Online

Di bawah ini ada satu link untuk ke web kamus online. Anda boleh menaip sehingga 200 perkataan bahasa inggeris dan akan diterjemahkan kedalam bahasa melayu. Terjemahan dibuat secara online tetapi ada sedikit kekurangan iaitu dari segi nahu dan tatabahasa serta struktur ayat.
Secara keseluruhannya ia dapat membantu kita untuk mencari makna atau maksud perkataan bahasa inggeris ke bahasa melayu.
Selamat mencuba...

Link : Linggua web/kamus online


ptp pkg bagan.

...

Friday, July 21, 2006

Mencari Perisian?

Ada dua link kat sebelah bawah bhg LINK kat kanan tu untuk download perisian yang mungkin anda cari. Untuk download perisian tu dicadangkan supaya anda menggunakan talian ADSL, kalau guna dailup rasanya baik tak payah...
Anda boleh cuba dulu perisian tu dan jika anda rasa ianya berguna pada anda, sila beli perisian tu secara sah. PKG Bagan tidak menggalakan anda menggunakan perisian secara tidak sah kerana itu menyalahi undang-undang negara kita...
Ada juga perisian antivirus secara percuma (AntiVir - dicadangkan supaya menggunakannya) dan juga Brontok Washer untuk menentang virus Brontok


ptp pkg bagan

Monday, July 17, 2006

Bengkel Pengurusan Makmal Komputer

Bengkel dijalankan pada 17 - 18 Julai 2006 di PKG Bagan. Seramai 15 orang guru daripada sekolah-sekolah ahli PKG Bagan hadir pada bengkel ini.
Bengkel ini bertujuan untuk melancarkan lagi pengurusan makmal komputer dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh penyelaras makmal komputer.

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting


ptp pkg bagan