My photo
Ditubuhkan pada 1992. Km9, Jalan Muar, Bagan, 83000 Batu Pahat, Johor. GPS: N 01" 50.754' E102" 51.584'

Pages

Friday, February 08, 2008

Projek WiFi Sekolah Ahli PKG Bagan

Pihak PKG Bagan didalam proses memberi dan mengkongfigurasi rangkai komputer tanpa wayar kepada seluruh sekolah ahli. Setiap sekolah akan menerima sebuah router wireless dan dijangkakan pada penghujung bulan Mac seluruh sekolah ahli akan menerimanya

Matlamat kami untuk memastikan setiap sekolah di dalam zon PKG Bagan mempunyai WiFi dan guru-guru dapat melayari internet menggunakan notebook PPSMI dengan berbantukan rangkaian komputer tanpa wayar disokong oleh router wireless yang dibekalkan oleh PKG. Guru juga dapat bertukar dan berkongsi fail melalui dengan cara yang lebih mudah lagi dan juga guru-guru berpeluang mencari maklumat pendidikan bahan bantu mengajar melalui portal-portal pendidikan yang banyak terdapat di internet.

UPDATE 10.04.2008:

Kesemua 15 buah sekolah ahli PKG Bagan telah siap dipasang router wireless dan dikonfigurasikan untuk rangkaian komputer tanpa wayar.


...

Wednesday, January 16, 2008

Penilaian Dan Anugerah Tokoh NILAM Daerah Batu Pahat 2008

Akan dilaksanakan pada 14 Febuari 2008 di Sekolah Tinggi Batu Pahat. Penilaian kepada calon-calon Tokoh NILAM akan dijalankan disebelah pagi dan Majlis Penganugerahan Tokoh NILAM untuk sekolah rendah dan menengah akan diadakan pada sebelah petang dan akan disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat.

Mesyuarat Pengurusan PKG 2008

Bakal diadakan pada 22 Januari 2008 jam 2.30 petang bertempat di PKG Bagan. Pihak PKG Bagan telah menjemput Ketua Penolong Pengarah BTPN Johor untuk hadir sama di mesyuarat tersebut.
Mesyuarat ini akan membincangkan program-program yang bakal diadakan oleh PKG Bagan disepanjang tahun berdasarkan SKT PKG yang telah ditetapkan oleh BTP KPM.

Agihan Buku Bacaan Tambahan

Buku bacaan tambahan dari BTP diagihkan ke sekolah-sekolah disepanjang minggu ini. Kelewatan ini disebabkan pihak PKG menunggu buku-buku yang tidak dapat dihantar pada penghantaran yang pertama pada bulan Disember lalu. Alamdulilah, buku-buku tersebut telah sampai dan sedia untuk diagihkan.