My photo
Ditubuhkan pada 1992. Km9, Jalan Muar, Bagan, 83000 Batu Pahat, Johor. GPS: N 01" 50.754' E102" 51.584'

Pages

Saturday, October 21, 2006

Selamat Hari Raya...


Kami di PKG Bagan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua dan diharapkan anda semua berbahagia disamping sanak saudara. Oh ya, jangan lupa kepada mereka yang tidak bernasib baik dan menderita di seluruh dunia.

Jika anda berminat untuk menghantar email kad hari raya, sila klik link di bawah ini

Link : Sila klik untuk hantar kad elektronik Hari Raya

ptp pkg bagan.

Iklan Raya Petronas...

Saya bergitu tersentuh hati bila melihat iklan hari raya Petronas...
Mungkin ikatan keluarga masyarakat Malaysia sekarang ini semakin longgar.
Tahniah kepada Petronas kerana berjaya mencipta sebuah iklan yang pada pendapat saya dapat memberi kesedaran tentang erti kasih sayang dan tanggung jawab.

Di bawah ini saya sertakan link untuk anda melihat iklan Petronas tersebut di internet.

Link : Sila klik untuk melihat iklan Petronas

Dan anda juga dijemput untuk memberikan komen anda. Sila klik "comments" di bawah ini untuk anda memberikan komen anda.


ptp pkg bagan.

Pusat Akses... Tahniah SK Bagan

Tahniah diucapkan kepada SK Bagan kerana telah terpilih untuk menerima Pusat Akses (PA) daripada Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP).
SK Bagan telah menerima 10 buah komputer lengkap dengan sistem networking dan sebuah pencetak serta sistem keselamatan. PA ini berkonsepkan cyber cafe dan boleh diakses pada bila-bila masa oleh guru dan murid-murid.
Diharapkan SK Bagan dapat merancang kegiatan yang berfaedah untuk dimenafaatkan oleh warga sekolah agar penggunaan PA ini berada pada tahap yang maksimum


ptp pkg bagan.

Thursday, August 24, 2006

Hari Profesionalisma PKG Daerah Bt. Pahat



Diadakan pada 24 Ogos 2006 di PKG Bagan. Seluruh warga PKG daerah Batu Pahat telah hadir dan mengisian mula oleh Ustaz Subari. Seterusnya ucapan daripada penghulu PKG, saudara Akhpah dan ceramah daripada penolong pengarah PSPNJ En. Yusma berkaitan dengan tanggungjawab terhadap tugas dan batasan kita sebagai penjawat jawatan awam serta tatasusila perhubungan. Disamping itu juga Badan Kebajikan PKG Daerah Batu Pahat telah dapat ditubuhkan secara rasminya.



Thursday, August 17, 2006

Laman Bahasa

Saya terjumpa laman bahasa dari negara jiran yang agak menarik untuk dilayari. Di bawah ini saya sertakan link untuk ke laman tersebut.

Link : Laman Web NADI

ptp pkg bagan

Saturday, July 29, 2006

Kamus Online

Di bawah ini ada satu link untuk ke web kamus online. Anda boleh menaip sehingga 200 perkataan bahasa inggeris dan akan diterjemahkan kedalam bahasa melayu. Terjemahan dibuat secara online tetapi ada sedikit kekurangan iaitu dari segi nahu dan tatabahasa serta struktur ayat.
Secara keseluruhannya ia dapat membantu kita untuk mencari makna atau maksud perkataan bahasa inggeris ke bahasa melayu.
Selamat mencuba...

Link : Linggua web/kamus online


ptp pkg bagan.

...

Friday, July 21, 2006

Mencari Perisian?

Ada dua link kat sebelah bawah bhg LINK kat kanan tu untuk download perisian yang mungkin anda cari. Untuk download perisian tu dicadangkan supaya anda menggunakan talian ADSL, kalau guna dailup rasanya baik tak payah...
Anda boleh cuba dulu perisian tu dan jika anda rasa ianya berguna pada anda, sila beli perisian tu secara sah. PKG Bagan tidak menggalakan anda menggunakan perisian secara tidak sah kerana itu menyalahi undang-undang negara kita...
Ada juga perisian antivirus secara percuma (AntiVir - dicadangkan supaya menggunakannya) dan juga Brontok Washer untuk menentang virus Brontok


ptp pkg bagan

Monday, July 17, 2006

Bengkel Pengurusan Makmal Komputer

Bengkel dijalankan pada 17 - 18 Julai 2006 di PKG Bagan. Seramai 15 orang guru daripada sekolah-sekolah ahli PKG Bagan hadir pada bengkel ini.
Bengkel ini bertujuan untuk melancarkan lagi pengurusan makmal komputer dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh penyelaras makmal komputer.

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting


ptp pkg bagan

Thursday, June 29, 2006

Bengkel Naik Taraf Perisian e-NILAM

Bengkel tersebut dijalankan pada 28 dan 29 Jun 2006. Semua 15 sekolah ahli PKG Bagan telah menghantar wakil mereka hadir untuk berbengkel.
Pada bengkel ini, sistem aplikasi e-NILAM telah dinaik taraf supaya serasi dengan data HEM dimana memudahkan kerja2 guru untuk mengimport data daripada data HEM. Disamping itu juga guru-guru NILAM telah melengkapkan data sekolah masing-masing untuk dihantar ke PSPN Johor.

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

ptp pkg bagan

Tuesday, June 27, 2006

Laman Web Sekolah

Sekolah-sekolah digalakan untuk membina laman web sekolah dengan adanya talian schoolnet yang telah dibekalkan disemua sekolah.
Laman web mudah dibina sekarang ini dengan menggunakan blog
Link di bawah ini boleh digunakan untuk membuat blog sekolah anda

http://www.blogger.com/

Di bawah ini adalah satu contoh laman web sekolah yang menarik:

http://skkepayan.org/

ptp pkg bagan

Friday, June 16, 2006

Kajian Penggunaan Bahan Sumber P&P Dalam Program Pembestarian Sekolah 2006

Kajian tersebut akan dijalankan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui PKG ke sekolah-sekolah di daerah Batu Pahat mulai 16 Jun hingga akhir bulan Jun ini.
Pihak sekolah diharapkan dapat memberikan kerjasama agar kajian ini dapat dijalankan sepenuhnya demi untuk kebaikan bersama.
Satu taklimat mengenainya kepada Pengetua/Guru besar dan guru media telah dijalankan pada 15 Jun bertempat di SMK Kolan Air.

ptp pkg bagan

Wednesday, June 07, 2006

Pusat Akses Untuk Sekolah Daerah Batu Pahat

2 sekolah menengah dan 10 sekolah rendah telah terpilih untuk menerima 2 pusat akses untuk setiap sekolah. Setiap pusat akses mengandungi 10 komputer dan 1 perinter serta sistem network. Ini bererti setiap sekolah akan menerima 20 komputer + 2 perinter + sistem network. Pusat akses ini berfungsi seperti cybercafe dimana murid dan guru boleh menggunakannya pada bila-bila masa.

Senarai sekolah itu adalah:

1. SMK Dato Sulaiman
2. SMK Tinggi Batu Pahat
3. SK Ayer Hitam
4. SK Bagan
5. SK Bandar
6. SK Bukit Soga
7. SK Parit Raja
8. SK Seri Pasir
9. SK Seri Telok
10. SK Tengku Mariam
11. SK Rengit
12. SJKC Ai Chun (1)

Tahniah diucapkan kepada sekolah berkenaan. Bahagian Teknologi Pendidikan melalui PKG akan menghubungi sekolah-sekolah bekenaan.

PTP PKG Bagan

Wednesday, March 22, 2006

Program Jawi Multikey

Disini saya letakan link utk download program menulis jawi


Link ke Program Jawi Multikey

Selepas selesai download, unzip fail tersebut dengan menggunakan Winzip.

Selamat mencuba...

Monday, February 27, 2006

Anugerah NILAM Daerah Batu Pahat 2006

Pertandingan telah dijalankan di PKG Parit Raja pada 20 Feb 2006. Berikut adalah keputusan yang telah diperolehi:

Kategori SM Bandar.
1. Tan Kay Pau - SM Tinggi
2. Balliana Aida Abd Lattif - TIGS
3. Ong Yvonne - SMKA

Kategori SM Luar Bandar.
1. Nabilah Abd Rahob - SM Dato Se'th
2. Nurul Hanim Miskun - SM Dato Se'th
3. Norizan Mohd Ariffin - SM Tun Sardon

Kategori SK Bandar.
1. Afifah Ayub - SK Tengku Mariam
2. Aiman Adriana Nor Aminuddin - SK Tengku Mariam
3. Ho Yee Jia - SJKC Ai Chun 1

Kategori SK Luar Bandar.
1. Siti Sarah Ismail - SK Seri Telok
2. Laila Sabiha Md Saberi - SK Parit Sulong
3. Ridqal Fadlin Rosman - SK Peserai

Kategori SKM.
1. Rosila Abd Rashid - SK Bindu
2. Yu Jie Si - SJKC Yani
3. Mohamad Faiez Rohani - SK Kg. Jawa

TOKOH NILAM SEKOLAH MENENGAH
Tan Kay Pau - SM Tinggi

TOKOH NILAN SEKOLAH RENDAH
Afifah Ayub - SK Tengku Mariam

Tahniah kepada mereka yang berjaya.

Thursday, February 16, 2006

Bengkel Pembestarian Sekolah

Bengkel ini khas untuk guru media/pss. Tarikh pada 22 Feb 2006. Fasilitator bengkel ialah En Sha'piee Ali dari pkg sg balang

Thursday, February 09, 2006

Sekolah Bestari 2006

Sebanyak 7 buah sekolah dalan zon pkg bagan telah terpilih untuk menjadi calon untuk sekolah bestari. Sekolah-sekolah tersebut ialah:

1. SM Dato' Onn
2. SM Semerah
3. SK Peserai
4. SK Bagan
5. SK Seri Utama
6. SK Pengkalan
7. SK Peserian

Semoga semua sekolah tersebut akan terpilih untuk dijadikan sekolah bestari untuk fasa pertama pembestarian sekolah di Malaysia.