My photo
Ditubuhkan pada 1992. Km9, Jalan Muar, Bagan, 83000 Batu Pahat, Johor. GPS: N 01" 50.754' E102" 51.584'

Pages

Thursday, March 24, 2005

Seminar Mini NILAM & Penyampaian Anugerah NILAM Daerah Bt Pahat

Akan diadakan di KUiTTO pd 26 Mac 2005. Tetamu kehormat ialah En. Osman Jantan dari PSPN Negeri 9. Beliau akan menyampai ceramah berkaitan dengan NILAM (beliau hebat dalam bidang ini - mesti hadir/dengar kalau tak rugi).
Penyampai hadiah dan sijil kepada pemenang anugerah NILAM Daerah Bt Pahat akan dilaksanakan pada sebelah tengahari.

Tuesday, March 22, 2005

Daerah Bt. Pahat Johan Anugerah NILAM Negeri Johor

Daerah Batu Pahat menjadi johan semua kategori yang dipertandingan dalam Anugerah NILAM Peringkat Negeri Johor. Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya. Terdapat 5 kategori yang dipertandingkan. SMK Tinggi menjadi johan untuk sekolah menengah dalam bandar sementara SMK Dato Seth menjadi johan untuk kategori sekolah menengah luar bandar. Untuk kategori sekolah rendah dalam bandar dimenangi oleh SK Tengku Mariam dan SK Seri Medan menjadi johan kategori sekolah rendah luar bandar. Sementara itu SK Parit Ju menjadi johan kategori sekolah kurang murid (SKM),
Kejayaan ini perlu diteruskan dan menjadi harapan agar sekolah-sekolah dalam Zon PKG Bagan akan sama-sama menyusul arus kejayaan ini. Tahun hadapan adalah menjadi sasaran kita untuk berjaya bersama-sama dengan mereka yang berjaya.
Eratkan perpaduan dan saling bekerjasama akan menjadi asas kejayaan.

Friday, March 11, 2005

Sebarang Pertanyaan

Jika ada kemuskilan atau pertanyaan juga cadangan serta komen bolehlah diemailkan ke pkgbagan@johordt.com.

Juga jika memerlukan bantuan teknikal bolehlah diemailkan ke email yang sama atau telefon 074130413 atau hp 0137708690

Tuesday, March 08, 2005

Selamat Datang Ke PKG Bagan

PKG Bagan mengucapkan selamat datang kepada anda semua. Terletak di Km9 Jalan Muar, Bagan, Batu Pahat, Johor - berdekatan dengan Pekan Parit Besar. Mengalu-alukan kedatangan guru-guru ke sini untuk saling bertukar fikiran dan menggunakan kemudahan yang ada di PKG. Antara kemudahan yang ada:
1. Perkhidmatan duplikasi cd
2. Pinjaman buku, alatan dan CDRI
3. Khidmat nasihat mengenai Teknologi Pendidikan
4. Rakaman siaran TVP ke CD
5. Program NILAM
6. Gambar Digital dan Video