My photo
Ditubuhkan pada 1992. Km9, Jalan Muar, Bagan, 83000 Batu Pahat, Johor. GPS: N 01" 50.754' E102" 51.584'

Pages

Saturday, October 21, 2006

Selamat Hari Raya...


Kami di PKG Bagan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua dan diharapkan anda semua berbahagia disamping sanak saudara. Oh ya, jangan lupa kepada mereka yang tidak bernasib baik dan menderita di seluruh dunia.

Jika anda berminat untuk menghantar email kad hari raya, sila klik link di bawah ini

Link : Sila klik untuk hantar kad elektronik Hari Raya

ptp pkg bagan.

Iklan Raya Petronas...

Saya bergitu tersentuh hati bila melihat iklan hari raya Petronas...
Mungkin ikatan keluarga masyarakat Malaysia sekarang ini semakin longgar.
Tahniah kepada Petronas kerana berjaya mencipta sebuah iklan yang pada pendapat saya dapat memberi kesedaran tentang erti kasih sayang dan tanggung jawab.

Di bawah ini saya sertakan link untuk anda melihat iklan Petronas tersebut di internet.

Link : Sila klik untuk melihat iklan Petronas

Dan anda juga dijemput untuk memberikan komen anda. Sila klik "comments" di bawah ini untuk anda memberikan komen anda.


ptp pkg bagan.

Pusat Akses... Tahniah SK Bagan

Tahniah diucapkan kepada SK Bagan kerana telah terpilih untuk menerima Pusat Akses (PA) daripada Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP).
SK Bagan telah menerima 10 buah komputer lengkap dengan sistem networking dan sebuah pencetak serta sistem keselamatan. PA ini berkonsepkan cyber cafe dan boleh diakses pada bila-bila masa oleh guru dan murid-murid.
Diharapkan SK Bagan dapat merancang kegiatan yang berfaedah untuk dimenafaatkan oleh warga sekolah agar penggunaan PA ini berada pada tahap yang maksimum


ptp pkg bagan.